assalamualaikum

Never Forget

Saturday, May 29, 2010

Di Sebalik Simbol 'Peace'



Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).
Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)



Gambar di atas adalah beberapa gambar yang mengkanuri manusia zaman sekarang. Maka perlulah kita hentikan perbuatan atau amalan ini kerana ia merupakan satu budaya yang dilakukan umat Islam pada masa kini.

Friday, May 21, 2010

Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga


SETIAP tahun, apabila tiba musim haji, lebih dua juta umat Islam dari seluruh dunia bertamu di kota suci Makkatul Mukarramah, menyahut seruan Ilahi bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima itu.

Dalam ibadat itu, jemaah melakukan pelbagai ritual ibadat mengikut tertib, seperti tawaf, sai dan bercukur, dengan kemuncaknya melakukan wukuf di padang Arafah, yang jatuh pada 9 Zulhijjah.

Baitullah disebut juga Kaabah, yang terletak di tengah kota suci itu. Ia menjadi tumpuan utama pada musim haji, khususnya dalam pelaksanaan tawaf, dengan setiap jemaah mengelilinginya sebanyak tujuh kali.

Rumah Allah itu adalah kiblat kepada umat Islam seluruh dunia ketika menunaikan ibadat solat seharian dan Masjidil Haram yang menaungi kawasan itu menjadi masjid paling mulia dalam Islam.

Baitullah yang penuh berkat dan mulia itu dikenali juga dengan nama lain seperti al-Bait, al-Bait al-Haram, al-Bait al-Atiq dan Qiblat.

“Sesungguhnya rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah di Makkah, yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.” (Ali-Imran: 96)

Ulama berbeza dalam mentafsirkan ayat berkenaan. Sesetengahnya mengatakan makna bait itu ialah Kaabah, sesetengahnya pula mengatakan bait itu ialah Masjidil Haram dengan dalil hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, bermaksud:

“Daripada Abi Zar berkata: Aku bertanya Rasulullah s.a.w mengenai masjid yang paling awal dibina di bumi, sabdanya Masjidil Haram. Aku berkata, kemudian masjid mana? Sabdanya, Masjidil Aqsa. Aku bertanya berapa lama antara keduanya didirikan? Sabdanya, empat puluh tahun.”

Menurut cerita Ibn Zahirah al-Qarsyi, Kaabah dibina beberapa kali, iaitu oleh malaikat, Nabi Adam a.s, Nabi Ibrahim a.s, orang Quraisy, Ibn Zubair dan Hajjaj Yusuf as-Thaqafi.

“Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama Nabi Ismail meninggikan binaan asas Baitullah itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:127)

Selain melakukan tawaf di rumah Allah itu, satu fenomena cukup ketara diperhatikan ketika musim haji, malah pada waktu lain ketika mengerjakan umrah, ialah tindakan sesetengah tetamu yang mengucup Batu Hitam atau lebih dikenali Hajarul Aswad.

Amalan itu didakwa sebagai mencontohi kucupan diterima daripada Nabi Muhammad s.a.w. Ulama menyatakan perbuatan istilam (melambai tangan) terhadapnya ketika memulakan tawaf atau mengucup Hajarul Aswad (sekiranya dapat) termasuk perkara sunat mengerjakan haji dan umrah.

Signifikan tindakan itu, sebagaimana digambarkan Saidina Umar al-Khattab, Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua: “Saya tahu anda adalah sebuah batu yang tidak mendatangkan bahaya dan faedah. Jika tidak aku melihat Rasulullah s.a.w mengucupmu, aku tidak akan mengucupmu.”

Nabi s.a.w menciumnya sebagaimana dilakukan nabi sebelumnya, sehingga Hajarul Aswad menjadi tempat bertemunya bibir kalangan nabi, orang soleh, jemaah haji dan mereka yang menunaikan umrah sepanjang sejarah.

Ia juga menjadi tempat permulaan dan akhir tawaf, sekali gus tempat mustajab dikabulkan doa.

Batu Hitam yang terletak di bahagian penjuru sebelah timur Kaabah adalah objek sangat disanjungi umat Islam. Secara kasar batu itu berukuran diameter 30 sentimeter dan 1.5 meter dari paras bawah.

Ia dikatakan pernah pecah kepada beberapa bahagian pada Zaman Pertengahan. Malah ada pihak mendakwa ia pecah menjadi berkeping-keping kepada lapan gugusan batu kecil.

Keadaan ini berlaku pada zaman Qaramithah, iaitu satu mazhab daripada Syiah Islamiyah al-Batiniyah daripada pengikut Abu Thahir al-Qarmathi yang mencabut Hajarul Aswad dan membawanya ke Ihsa’ pada 319 Hijrah, tetapi kemudian dikembalikan lagi pada 339 Hijrah.

Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam di batu besar yang lain dikelilingi oleh ikatan perak dan diperkuatkan lagi dengan paku perak. Batu itulah yang dianjurkan untuk dikucup, bukannya batu di sekitarnya dan yang meliputi perak.

Antara keutamaan Hajarul Aswad kerana ia berasal daripada batu yang mulia (yaqut) dari syurga yang diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s agar diletakkan di satu sudut Kaabah.

Bahkan menurut tradisi Islam, batu itu berasal dari syurga pada zaman Nabi Adam a.s dan Hawa lagi, dalam keadaan putih berkilau dan bebas daripada unsur kejahatan, tetapi ia menjadi hitam kerana dosa yang diserap tahun ke tahun.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Hajarul Aswad itu diturunkan dari syurga, warna lebih putih daripada susu dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.”

Dikatakan juga Nabi Ibrahim a.s yang menemui Batu Hitam dan apabila baginda membina semula Kaabah, Malaikat Jibril a.s membawa batu itu keluar dan memberikan kepada baginda.

Menurut cerita, apabila Nabi Ibrahim siap membina Kaabah, dengan bantuan puteranya, Nabi Ismail a.s, Allah memerintahkan baginda melakukan tawaf.

Baginda tidak dapat menetapkan bilangan yang tepat pusingan dilakukannya. Baginda berasa mereka yang lain juga akan keliru.

Justeru, baginda berdoa kepada Allah untuk memberikannya suatu tanda untuk digunakan bagi mengira pusingan. Malaikat Jibril membawakan batu hitam terbabit kepadanya.

Bahkan, Nabi Muhammad s.a.w turut memainkan peranan dalam sejarah Hajarul Aswad. Ini kerana pada waktu pembinaan semula struktur Kaabah, Hajarul Aswad dipindahkan sementara dan bagindalah yang meletakkan semula batu terbabit di tempat asalnya.

Satu cerita yang ditemui dalam Sirah Rasulullah Ibn Ishaq menunjukkan Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan satu pertelingkahan di antara suku Makkah, yang masing-masing berhak untuk meletakkan Hajarul Aswad di tempat asalnya.

Jalan penyelesaiannya ialah dengan memanggil semua pemimpin suku terbabit untuk mengangkat penjuru batu dengan satu kain dan kemudian Nabi Muhammad s.a.w meletakkan batu itu pada tempatnya dengan tangannya sendiri.

Umat Islam dari satu generasi ke generasi apabila mula tawaf dan selesai setiap pusingan, mengucup Hajarul Aswad, menyentuhnya dengan satu tangan atau sekadar memberikan isyarat kepadanya dari jauh.

Friday, May 14, 2010

Al IMAM HASAN AL BANNA….Memperingati Hari Kesyahidannya


Hari Rabu yang lalu 12 Feb 1997 merupakan tarikh syahidnya Imam al Banna yang cemerlang kehidupannya yang “pendek tetapi panjang” (1906 - 1949) rahimahullahutaala dengan asasnya yang kuat semenjak kecil, pembentukkannya yang tinggi, pembinaannya yang bertambah kemuncak dari hari kehari bahkan detik demi detik. Pembinaan dakwah berlaku melalui tangannya, sebagai satu gambaran daripada aktivitinya yang tertegak di atas kefahaman yang luas dan mendalam, yang disandarkan kepada keikhlasan yang mendalam, ketepatan yang unggul dalam usaha untuk merealisasikan amalan yang tersusun (berorganisasi) dan lantas melaksanakannya. Justeru itu maka telah terkumpullah untuk dakwah ini rukun-rukun kejayaan yang terpenting dan terlaksanalah baginya ufuk-ufuk penyebaran perkembangan, dan kaedah-kaedah tajdid (reformasi), bahkan ianya satu ijtihad yang jitu.
Di antara tanda-tanda yang paling nyata yang telah dibentangkan dengan jayanya dalam kehidupan al Imam al Mujaddid ini adalah seperti berikut:
1. Gerakan Yang Meluas Lagi Cemerlang
Al Imam telah menyempurnakan gerakannya ke bandar-bandar, ke pelusuk kampung, ladang, masjid, bahkan ke kedai-kedai kopi serta di tempat perkumpulan orang ramai. Dan maklumat hal ehwal keadaannya memanifestasikan sabda Rasulullah saw “biarkan aku dengan manusia”. Maka beliau telah menziarahi 3,000 kampung ataupun lebih sebagai penceramah, jurubicara dan penasihat yang cemerlang. Membangkitkan manusia drp. tidur mereka, memperbaharui harapan di dalam diri dan pemimpin mereka. Beliau berhubung dengan pemimpin tanpa mengabaikan golongan bawahan. Beliau juga menyeru syeikh dan para ulama ke arah asas kefahaman yang baru kepada Islam yang ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jelas. Beliau tidak mencuaikan masyarakat umum, begitu juga beliau memberikan tumpuan kepada pemuda/remaja bahkan berusaha menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang sukar dengan berperingkat-peringkat serta penguasaan. Adapun tumpuannya yang setempat adalah Mesir dan tumpuannya yang secara lebih luasnya adalah kepada dunia Arab dan Islam. Manakala tumpuannya yang universal dan terbesar adalah kemanusiaan dan Ustaziatul `alam (orde dunia), sehinggalah semuanya dineutralkan lalu menjadi suatu tumpuan sahaja tetapi mengandungi berbagai-bagai aspek.
2. Tidur Yang Sedikit.
Adapun waktu menurut beliau adalah kehidupan dan waktu pada fahamannya tidak terhenti kepada batas-batas material iaitu emas semata-mata. Beliau juga tidak bersikap birokratik dari segi kedudukan pangkat dan jawatan, bahkan ia tidak mensia-siakan walau satu detik kehidupannya pada perbualan kosong dan terlalu banyak soal jawab terutamanya pada perkara yang tidak mempunyai apa-apa kelebihan. Beliau begitu asyik dengan dakwahnya sehingga beliau tidak tidur malam kerana cintakannya, berfikir untuknya, membuat perancangan baginya, memperkembangkan matlamat dan metodologinya. Kerana itu terbitlah risalah-risalahnya seperti: Da’watuna, ila ayyi syaiin nad`un nas, dakwatuna fi turin jadid, Ilas syabab dsbnya. Untuk memperkuatkan lagi perkembangan dan titik tolak (perjuangan fikrah dakwahnya). Beliau tidak berhenti disebabkan kesesatan serta tidak disibukkan dengan urusan titik bengik. Beliau juga tidak terbeban dengan kerehatan jasad seperti tidur dan bersantai, kerana da’wah pada hematnya adalah ruh yang mengalir di dalam ummat yang dihidupkan oleh al Quran.
3. Luas Ilmu Serta Menghormatinya (ilmu)
Imam al Banna berusaha untuk mengembalikan penyebaran Islam dengan seluruh sifat-sifat syumul (kesempurnaan), rabbani (bersumber dengan sumber-sumber ketuhanan) dan universal. Pernah diceritakan oleh orang yang memeriksa perpustakaan beliau setelah puluhan tahun shahidnya beliau, tentang betapa banyak, menakjubkan serta mendalam komentar-komentar yang beliau tulis di pinggir-pinggir perpustakaan tersebut dari apa yang telah dibaca dari buku-buku mengenai politik, ekonomi, sosial, sejarah, geografi, peperangan, perjanjian-perjanjian, hubungan antarabangsa, ugama-ugama da’wah dan sebagainya. Beliau begitu cintakan ilmu dan para ulama’. Suasana kemunduran didalam ummat telah merisaukan beliau, begitu juga pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada Islam yang menunjukkan kepada kejahilan dan sikap tidak ambiltahu. Kerana itu beliau telah menekankan di dalam Risalah Ta’alim: “Islam membebaskan aqal serta menggalakkan pengkajian alam semesta, juga meninggikan taraf ilmu dan ulama’. Ia juga mengalu-alukan segala yang baik lagi bermanfaat dari setiap sesuatu. ”Hikmah adalah barang yang hilang dari orang mu’min, dimana sahaja dia menjumpainya, dialah yang lebih berhak terhadapnya.”
4. Keikhlasan dan Kecintaan Terhadap Da’wah
Al Banna mempunyai kelebihan dengan kerohaniannya yang tinggi yang mengatasi individualiti, ciri-ciri peribadi, parti-parti, puak-puak, bahkan seluruh penyakit-penyakit hati yang lain. Tidak terkumpul di dalam hatinya melainkan rasa cinta kepada da’wah, suatu cinta yang tidak meninggalkan sebarang waktu di dalam jiwa melainkan akan sibuk dengannya, tidak juga suatu ruang kosong melainkan akan dipenuhinya. Beliau disibukkan oleh fikrah dan da’wah didalam berlalunya waktu, maka beliau berusaha kearah mematangkannya (fikrah dan da’wah) dengan meletakkan serta memperbaharui objektif dan matlamat. Kemudian beliau menggariskan wasilah (method) dan alat (strategi). Lalu beliau melintasi batas-batas taqlid, tapi menghormati ikutan tersebut. Sebagaimana beliau juga berusaha menyinambungkan proses tajdid disamping menghormati ufuk-ufuk linkungan dan martabat ketinggian. Beliau meningkat dengan banyak di dalam hidupnya, kerana beliau memahami hakikat bahawa “sesiapa yang sama dua hari (dalam hidupnya) maka dia telah tertipu”. Beliau mengambil berat terhadap ummat seluruhnya dengan sebenar-benarnya, sehingga tanahair islam pada hemat beliau dan ikhwan muslimin adalah seluruh bumi yang ada padanya muslim, kerana pemahaman yang baik terhadap sabda rasulullah s.a.w.: “Sesiapa yang tidak mengambilberat terhadap urusan orang islam bukanlah dari golongan mereka.”
5. Memberikan sifat dan neraca sukatan
Al-Imam alBanna telah meletakkan sejumlah neraca sukatan untuk mengukur kadar iltizam, kefahaman, akhlaq yang baik, serta perlaksanaan beban da’wah. Di antara neraca dan kayu ukur yang terpenting adalah rukun-rukun bai’ah yang sepuluh: Faham, ikhlas, amal, jihad, tadhiyah (pengorbanan), taat, thabat (teguh), tajarrud (tumpuan penuh), ukhuwwah dan thiqah (kepercayaan). Begitu juga : “Wajibat al akh al muslim” (Kewajiban akh muslim) iaitu 38 kewajiban. Begitu juga “Simat al akh al muslim” (Tanda-tanda akh muslim) iaitu: sejahtera aqidah, sahih (betul) ibadah, teguh akhlaq, kuat badan, akal yang berpengetahuan, berjihad terhadap hawanafsunya, berorganisasi dalam urusannya, menjaga waktu, mampu menyara diri, serta bermanfaat kepada orang lain.
Sesungguhnya kami, dalam bicara yang cepat (ringkas) ini, tidaklah mencatitkan sejarah untuk lelaki ini (alBanna). Sehingga hari ini belum ada sebarang catatan sejarah yang layak untuk Imam mujaddid ini. Kami juga tidak berniat memuji-muji alImam yang unggul ini, bahkan kami tidak merasakan beliau perlu kepada pujian dari kami, tetapi kami ingin untuk menggambarkan beberapa pengajaran dari gambaran peribadi penda’wah yang unggul ini untuk sesiapa yang ingin mengambil pengajaran darinya, pada waktu yang bersangatan kegelapan kemunduran, penindasan serta berceraiberai yang dilalui oleh ummat. Sesungguhnya AlImam al Banna rahimahullah- berada setapak kedepan didalam memahami golongan salaf, dan dia adalah model imam golongan khalaf. Beliau membangkitkan alam Islami dari tidurnya tanpa mempunyai sebarang mekanisma pemerintah dan menteri-menteri di dalam tangannya. Sehinggalah hari ini berkumandanglah suara Islam yang benar melaungkan disegenap tempat: “Islam Adalah Agama dan Negara”, selepas dari keadaan di mana Ibadah di sudutkan di penjuru-penjuru masjid sahaja, ataupun aqidah yang di simpan disudut-sudut hati, dan perasaan di dalam jiwa semata-mata.
Betapa indahnya tulisan beliau semasa memberi amaran tentang pemberian tanggungjawab yang tidak disertakan dengan aspek ruhi, (Beliau begitu menekankan setiap tarbiah hendaklah rabbani dan ruhi) beliau juga menyeru untuk meningkatkan ukhuwwah dari tahap percakapan dan teori kepada tahap perlakuan dan amal perbuatan, dan di dalam pembentukan usrah-usrah Islamiah disandarkan kepada tiga rukun : Taaruf (saling kenal mengenali), Tafahum (saling faham memahami) dan Takamul (saling lengkap melengkapi).
6. Bersyukur Semasa Menghadapi Tribulasi Dan Positif Dalam Amal
Ustaz alBanna menceritakan dalam “Muzakkirot adda’wah wad da’iah” beberapa contoh tipudaya yang hina yang telah dilaluinya semasa zaman pembelajarannya dengan sebab kecemerlangan beliau mengatasi rakan pelajar yang setengahnya lebih berusia dari beliau. Sehinggakan salah seorang dari mereka telah mencurahkan keatas muka dan tengkok beliau sebotol campuran peluntur (asid) yang pekat semasa beliau tidur untuk menghalang beliau dari menduduki peperiksaan akhir tahun pengajian, tetapi anihnya, alBanna telah berjaya dalam peperiksaan tersebut. Beliau menganggap itu sebagai ni’mat serta kelebihan dari Allah yang wajib diterima dengan kesyukuran dan kesyukuran pada hemat beliau adalah memberikan kemaafan. “Dan barangsiapa yang memberi kemaafan dan berlapang dada, maka ganjarannya pada Allah”.
Beliau juga telah membentangkan banyak contoh tipudaya yang hina ini di dalam kehidupannya sebagai penda’wah, juga dorongan kekerasan dari golongan yang mengintip da’wah serta membencinya. Mereka telah melemparkan tohmahan bahawa beliau mengadakan bid’ah di dalam agama, mengendalakan masjid-masjid, memerangi Islam, serta memberikan fatwa dengan batil semasa beliau berusaha untuk melaksanakan sunnah dengan menunaikan solat sunat hariraya di tanah lapang. Begitu juga mereka melemparkan tuduhan-tuduhan terhadap beliau dan al Ikhwan selepas daripada ceramah yang beliau sampaikan tentang Isra’ dan mi’raj dengan menda’wa bahwa ikhwan muslimin menginkari isra’ dan mi’raj serta mengatakan bahwa peristiwa tersebut bukanlah mu’jizat, serta berlaku dengan ruh sahaja tidak dengan badan, lalu mereka telah keluar dari ijma’ umat Islam serta apa yang telah diterima oleh para imam.
Bahkan ada juga yang menuduh bahwa alBanna menjadi “ilah” yang di sembah oleh al ikhwan. Akan tetapi, pendirian al Banna dalam menghadapi tohmahan-tohmahan tersebut adalah dengan memberikan contoh tauladan melalui amalan secara serius menentang kebatilan–kebatilan tersebut. Beliau berkata: “Sibukkan manusia daripada pemikiran yang salah dengan (memberikan atau mengajar) pemikiran yang benar”. Sebenarnya, alBanna sedar serta yaqin bahawa hakikat berda’wah adalah manusia akan mengata-ngata keatasnya dengan kebatilan.
Semoga Allah merahmati AlBanna dengan rahmat yang luas serta menyempurnakan ganjaran bagi beliau, juga meneguhkan kita di atas jalan hak dan kekuatan selepas dari pemergian beliau.

World Clock